^_^

Tuesday 27 August 2013

Warkah untuk dia

Assalamualaikum..
"jangan tinggalkan orang yg mencintai kita demi orang yg kita suka sebab orang yg kita suka tu belum tentu dapat Bahagiakan kita"

Kata-Kata tu memang ditujukan untuk diri aku sendiri.. Memang bila dia ada  depan Mata kita, kita abaikan dia..Dan bila dia dah pergi jauh dari hidup kita,kita mula mencari dia Dan masa tu dia tak mungkin dapat kembali kepada kita...

Dear Mr.bear,
Sy nak ucapkan terima kasih sebab pernah Bahagiakan sy..sy nak mintak maaf sebab dah hancurkan cinta yg awak dah semai untuk sy.. Memang sy buta hati sebab tak dapat menilai keikhlasan hati awak mencintai sy..awak korbankan hidup awak untuk sy tp sy xpernah hargai semua tu..maafkan sy.
Bila sy jumpa seseorang yg sy rasa boleh Bahagiakan sy,sy campak awak dari hati sy..sebenarnya org yg boleh Bahagiakn sy ialah awk..sy tak dapat menilai semua tu.. Sy Bahagia dengan dia hanya sementara,kemudian baru sy sedar sy dh salah menilai antara kaca Dan permata..
Ya Allah,aku dh lukakan hati org yg tulus mencintai aku..aku buta. Aku dh salah menilai dia..
Bila sy sedar yg sy silap..sy menyesal sangat..sy menangis air mata darah pun dh x guna sebab awk dh pergi jauh dari hidup sy... Sy dh hancurkan hidup awk..tak mungkin awak dpt kembali utk sy..
Awak..sy malu dgn diri sy sendiri..sy malu dengan awak..sy malu dengan keluarga awk..sy khilaf..sy rasa bersalah kt awak..sy mintak maaf.
Awak..setiap Kali kita terserempak,sy akn pura-pura tak nampak awak tapi sebenarnya dari jauh sy dh kenal awk. Sy akn paling muka ke arah lain...sy malu nk tengok muka awak..dalam hati sy,hanya Allah yg tahu betapa rindunya sy kt awk. Andai sy boleh putarkan masa..sy akan jaga hati sy utk awak..sy xkan tinggalkn awk..sy akan cintakan awk sepenuh hati sy..tapi sayangnya itu semua tak mungkin berlaku..
Awak..sekarang awak dh ada buah hati baru..sy doakan awak Bahagia dengan dia..awk jaga dia baik-baik taw...
Sekarang baru sy sedar yg awaklah lelaki terbaik yg pernah sy kenal... Tapi awak bukan milik sy lagi...

#maafkan segala yg telah sy lakukan..ampunkanlah dosa-dosa sy kt awak. .

                                             yang benar,
                                         Nur Nadhirah

Friday 22 February 2013

Aku relakan dia pergi

Assalamualaikum...dah lama aku tak story pasal life aku kt kau kan..aku memang tengah sedih sangat sekarang ni..percintaan yang baru berputik terpaksa di cantas...

aku baru ja kenal dia..kata laman sosial TAGGED pada tanggal 19 feb 2012..nama dia fauzi..umo dia dah 23 thun and dia stay kat ayer molek, area tempat aku study ni.. hari kedua kami kenal, dia nak jumpa aku iaitu pada tanggal 20 feb 2012..kami keluar malam tu..dia bawak aku g makan kat OLDTOWN, time tu pun dia dah nyatakan perasaan dia kat aku..dia cakap dia sukakn aku..*sebenarnya aku pun dah sukakan dia time tu*.. lepas makan tu dia teros hantar aku balik..hanya ALLAH ja yang taw mcm mana perasaan aku kat dia time tu..aku suka cara dia yang berterus terang and ikhlas tu..aku dah jatuh cinta kat dia...


aku takkan lupakan tempat 1st date kami.

21 feb 2012..aku berterus terang tentang perasaan aku kat dia..aku mengaku yang aku sukakan dia dan aku sayangkan dia..ternyata aku tak bertepuk sebelah tangan..dia pun ada perasaan yang sama mcm aq..aku bahagia sangat time tu..aku dah niat yang aku akan serius dengan dia,,aku nak dia jadi suami aku suatu hari nanti..memang aku cintakan dia sepenuh hati aku,,aku takkan main2 lagi kali ni...dia lelaki yang aku cari selama ni...malam tu dia call aku..dia cakap esok malam nak jumpa aku..aku happy sangat sebab nak keluar dengan orang yang aku sayang..dah lama aku xd perasaan mcm ni..malam tu aku tidur dalam senyum..tak sabar nak jumpa dia esok..

aku mulai tersenyum kembali..

22 feb 2012..aku tunggu dia call utk comfirmkan sama ada jadi or x kluar malam ni..aku tunggu dia call sampai tertidur :(.  malam tu pukul 9 lebih dia call aku...dia cakap tak dapat nak jumpa aku sebab dia kerja..aku faham dengan kerjaya dia..aku sikit pun x marah..pastu dia cakap dia ada something nak bagitau aku..dia kena jumpa aku malam tu jugak...aku mulai risau..apa yang penting sangat tu sampai nak jumpa aku malam2 buta..aku paksa dia utk ckp jugak dlm telefon..

dia berterus terang..dia cakap dia dihantar oleh company dia ke pelantar minyak..6 bulan sekali baru turun darat..dan hari ahad ni dia kena p dah..hanya ALLAH yang tahu macam mana sebak nya aku time tu.. tangki air mata aku dah pecah..air mata tak henti2 mengalir..kenapa cepat sangat semua ni jadi..aku baru nak mulai cipta  bahagia dengan dia..tapi semua ni pulak jadi..memang aku sedih sangat...

aku relakan dia pergi mengejar cita2 nya..

1.37 a.m (23 feb 2012) dia call aku lagi..dia cakap dia nak jumpa aku jugak..aku jumpa dia dengan mata sembap aku tu..dah bergelen air mata aku ni mengalir.. dia bawak aku pusing 1 melaka...sambil tu dia bincang pasal hal kami..dia cakap dia nak aku lupakan dia dan anggap ja mcm kami tak pernah kenal.. Ya Allah ..luluh nya hati aku bila dengar dia cakap mcm tu..air mata aku ni dah mcm sungai lui dah.. aku tau dia sengaja cakap mcm tu sbb dia tak nak aku tunggu dia.. 4 tahun bukan sekejap..macam2 boleh jadi dalam masa 4 tahun tu.. aku nampak dia menangis..dia pun tak sanggup nak lepaskan aku..memang baru 4 hari kami kenal..tapi aku rasa dah mcm lama sangat kami kenal...memang berat sangat hati aku nak lepaskan dia...dia cakap dia nak aku lupakan dia dan selepas 4tahun, dia akan cari aku... aku akan tetap tunggu dia..aku cintakan dia..tak pernah aku rasa peritnya melepaskan cinta ni....aku yakin yang dia pun cintakan aku.. 
#YA ALLAH..andai benar dia adalah jodohku..kuatkan lah cinta kami walaupun kami berjauhan dan masa memisahkan kami..kuatkan lah hati dia..dan kuatkanlah cinta aku...aku rela tunggu dia walau sepuluh tahun sekalipun andai benar dia tercipta untukku..aku cintakan dia..tolong jagakan dia untukku...

23 feb 2012 mungkin kali terakhir aku jumpa dia..aku takkan pernah dapat lupakan dia...Ya Allah temukanlah kami semula..satukan lah kami andai kami diciptakan untuk bersama...

saya akan tetap tunggu awak walau dimana pun awak berada..saya sayang awak sangat2..saya takkan pernah dapat lupakan awak..walau baru 4 hari kita kenal..saya dah rasa macam 4 tahun kenal awak..saya tau awak lelaki yang baik..saya sanggup tunggu awak... INSYAALLAH..awak ingat tau janji awak tu..awak akan cari saya balik lepas 4 tahun dari sekarang....saya cintakan awk fauzi.. :'(